Sempena bulana Ramadhan yang mulia ini, mantan pelajar-pelajar SMKT yang terdiri daripada rakan-rakan se Tingkatan di antara tahun 1975 - 1979 telah menganjurkan pertemuan (Reunion) kali ke 2 ..... Biasalah seperti reunion pertama, idea ini dicetuskan oleh Saudara Omar bin Baharom yang kebetulan akan pulang ke KL kerana tugas pada 7 - 11 Sep 2008. Saudara Omar mencadangkan agar kami dapat bertemu, berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama dalam bulan Ramadhan dan cadangan ini telah diutarakan kepada Saudari Mariam Abu Amrin dan beliau telah berbincang dengan saya..... `to make this reunion happen’. Hasil perbincangan, kami bersetuju reunion diadakan pada 10 September 2008 bersamaan 10 Ramadhan 1429.
Memandangkan saya bertugas di Kuala Lumpur, maka saya bersetuju mencari tempat yang sesuai demi memudahkan rakan-rakan untuk hadir di samping mempunyai kemudahan solat yang tidak menghalang waktu berbuka puasa. Saudari Mariam pula ditugaskan untuk menghubungi rakan-rakan di Reunion pertama memaklumkan tentang rancangan ini dan dengan kerjasama mereka juga kami berjaya menghubungi rakan-rakan lain yang telah lama tidak bertemu untuk menghadiri Reunion Ke 2 tersebut. Saya telah memilih Hotel D’Palma, Ampang sebagai tempat yang sesuai untuk reunion dan majlis berbuka puasa walaupun pada awalnya tempat ini kurang dipersetujui oleh rakan-rakan. Setelah mencari beberapa tempat lain dan setelah perbincangan dibuat, akhirnya hotel ini menjadi pilihan.
Yang paling menyeronokkan….. rakan-rakan yang hadir adalah…. tentunya Omar Baharom, Mohd. Yamin Dolhadi, Yunos Mohamed, Faridi Rahim, Mohd. Asri Dolhady,
Setelah selesai menjamu selera, kami semua beredar ke Coffee House untuk membincangkan halatuju
Sempena ketibaan Aidil Fitri akan datang insyaallah saudara Yamin akan menjemput rakan-rakan ke rumahnya. Tarikh akan ditentukan kemudian. Reunion ke 3 pula akan diadakan pada 24 atau 25 Okt 2008. Selepas tarikh tersebut, kemungkinan satu reunion khas akan diadakan di mana ianya akan dihadiri oleh junior dan senior mantan pelajar-pelajar SMKT. Kami bersurai lebih kurang jam 11.00 malam dan sebelum itu kami sempat mengambil gambar untuk kenangan.
Bila sesuatu program dirancang, diatur dan berjaya dilaksanakan, ia merupakan satu kepuasan diri….. melihat rakan-rakan yang lama berpisah….. bertemu semula, satu situasi yang amat berharga. Segalanya berjalan dengan lancar dan amat memuaskan. Terima kasih yang teramat sangat kepada semua rakan-rakan yang berusaha dan mengorbankan masa untuk hadir dalam reunion ini. Terima kasih kepada saudara Yunos Mohamed yang sentiasa bersemangat untuk hadir dari Muar, Johor dan kepada saudara Zamri Zakaria, penghargaan yang tak terhingga kerana sudi datang dari Gua Musang, Kelantan dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk bersama kami. Terima kasih kepada Omar, mencetuskan idea….. TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA SEMUA KERANA SOKONGAN ANDA, MEREALISASIKAN
1 comment:
So good......
Post a Comment