20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430

Assalamualaikum Kekawan,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kawan-kawan di mana jua berada. Tahun ini saya berhari raya di perantauan di Khortoum SUDAN bersama rakan-rakan seperjuangan kerana menyertai misi PBB UNAMID di Darfur. Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas apa-apa keterlanjuran kata dan salahlaku sepanjang perkenalan dengan Tuan-Tuan dan Puan-Puan


03 September 2009

Salam Ramdhan Dari Darfur Sudan

Assalamualaikum Kekawan,

Alhamdullialah sehingga kini, kita telah pun separuh jalan menuju kejayaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya di Darfur ni pun sedang menghadapi cabaran yang sama tetapi kedaan persekitaran dan cuaca di sini agak berlainan. Kini telah masuk 13 hari kita berpuasa semuga segala rintangan boleh dihadapi......insyallah. Pada permulaan Ramadhan saya rasakan begitu terasa disebabkan cuaca yang begitu panas, sehingga semasa berbuka kami hanya minum air tanpa makan makanan tetapi keadaan kini telah berubah sedikit kerana cuaca kini telah beralih kepada hujan dan cuaca sejuk yang telah bermula. Kini dah mula makan banyak. Sepinggan nasi tak cukup. Kami tinggal serumah seramai 7 orang termasuk 2 org daripada Serria Leone dan Kenya. Kami berlima masak sekali. Masakan yang sering dimasak adalah sup, kurma, kari, sambal pedas, lemak cili api, asam pedas dan goreng kunyit. Bahannya daging kambing atau kibas atau lembu atau ayam....unta belum dapat lagi. Bersama ini saya sertakan gambar sedikit buat tatapan kawan-kawan.

Multi Style Background