23 October 2009

Lawatan Ke Teamsite Sara Umra, Sortony dan Shangil Tobaya

Assalamualaikum Kekawan,

Rencana ini dituliskan adalah untuk menceritakan sedikit pengalaman saya bertugas sebagai staf Chief Logistics Sector North bagi MISI PBB di Darfur ini. Pada hari isnin lepas bersamaan 19/10/09 saya bersama rombongan Chief of Staf (COS) Sector North Col Anwer Sher daripada Paskistan telah membuat lawatan ke 3 buah teamsite iaitu Saraf Umra, Sortony dan Shangil Tobaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap keselamatan kem di kawasan tersebut berikutan ada hura-hura yang kem UNAMID akan diserang oleh Pemberontak-Pemberontak yang sedang bertelagah. Rombongan ini disertai oleh semua Chief Cell seramai 12 orang termasuk COS. Kami telah menaiki heli MI8 daripada Airport El Fasher ke Saraf Umra pada jam 0845 dan sampai pada jam 1015. Di sana kami tela diberi taklimat oleh Ketua Kompeni RWANBATT(Rwanda Battallion) 16 mengenai keselamatan sekeliling. Daripada taklimat tersebut terdapat beberapa puak pemberontak yang sedang bertelagah di kawasan tangungjawabnya. Dianataranya adalah puak pemberontak dari Negara Chad yang diberi perlindungan dan bantuan oleh GOS (Kerajaan SUDAN). Selain itu puak-puak yang berhaluan kiri yang tidak suka kepada GOS. Dari penempatan Sara Umra kami telah diterbangkan ke Sortony yang mengambil masa 45minit. Penempatan ini juga ada sebuah KOmpeni dari RRWANBATT 16. Kawasan ini dikuasai oleh SLA/AW (Sudanese Laberation Army (Abdul Wahid) iaitu puak berhaluan kiri. Puak ini dilengkapi peralatan peperangan yang boleh perperang dengan GOS. Penempatan ini dikelilingi bukit bakau yang tinggi dan ianya didatangi oleh puak arab nomad yang datang membawa ternakan dari satu tempat ke satu tempat kerana kawasan ini dipenuhi pokok-pokok hijau. Seterusnya destinasi kami adalah Sangil Tobaya di mana kawasan ini mempunyai dua ke tiga puak yang bermusuhan. Kawasan ini mempunyai kepadatan pendudukan yang agak ramai berbanding dengan Sortony. Penempatan ini adalah terdiri dari sebuah kompeni dari RWANBATT 17. Keadaan keselamatan kem ini adalah terkawal. Dari penempatan ini kami terus balik ke El Fasher dan sampai lebih kurang pada jam 1720. Pada keseluruhannya penempatan Saraf Umra didapati ada kemungkinan diserang oleh pemberontak berbanding dengan Sortony dan Shangil Tobaya. Ini adalah disebabkan kemnya terdedah kepada laluan pemberontak-pemberontak. Untuk itu semua Chief diarahkan untuk memberi bantuan seberapa segera dengan menaikan taraf keselamatan kem tersebut. Di Darfur ini terdapat lebih kurang 13 puak yang bertelagah termasuk GOS. Sememangnya sukar untuk aman disebabkan puak-puak ini menpunyai kepentingan tersendiri.

06 October 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA X-SMKT 2009


Dalam kesibukan tugas, saya sentiasa berfikir untuk mengadakan Reunion X-SMKT yang telah beberapa kali tertunda. Permintaan yang tidak putus dari teman-teman juga terutamanya Yunos, menjadikan saya sentiasa berada dalam serba salah. Partner pula, Major Razali, yang sama-sama menguruskan 3 Reunion sebelum ini telah berada di Sudan selama 1 tahun. 25 Ogos 2009 saya telah menerima mesej dari Faridi Rahim yang menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Lt. Kol. Omar Baharom mengenai Reunion X-SMKT dan meminta supaya saya menghubungi Omar untuk menguruskan Reunion tersebut. Dalam fikiran saya ketika itu ialah... saya mesti bertindak sekarang... menghubungi Omar... mendapatkan tarikh, waktu, tempat dan menu makan minum. Tugas saya selanjutnya seperti biasa..... menghantar mesej memaklumkan Reunion pada teman-teman, dan sentiasa mengejar, memastikan kehadiran mereka. Reunion kali ini mesti menjadi!! Mengumpulkan semula teman-teman untuk bersama bagi Tahun 2009.







Bersama dengan Omar, akhirnya, Majlis Berbuka Puasa X-SMKT kali kedua telah diadakan pada 12 September 2009 di Wisma Perwira, 6 Renjer, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Teman-teman yang hadir:

1. Lt. Kol. Omar dan famili
2. Yamin dan famili
3. Mohd. Asri dan famili
4. Rahmad dan famili
5. Arniaty Alias dan famili
6. Noormala Maarof dan famili
7. Suriati Yusof dan suami
8. Tajul dan isteri
9. Zamri Zakaria(Pak Ya) dan rakan
10. Yunos Mohamad dan rakan
11. Mariam Abu Amrin
12. Yusof Baharom
13. Faridi Rahim
14. Major Fauzi Kamaruddin
15. Zulkifli Omar
16. Mohd Sobri
17. Abdul Haniff Jalal
18. Anuar Jalil (Senior XSMKT)



Terima kasih banyak-banyak kepada teman-teman yang sentiasa setia, bersama menyokong setiap pertemuan terutama yang datang dari jauh, Yunos dari Muar, Johor, Zamri dari Gua Musang, Kelantan, begitu juga teman-teman yang baru dikesan dan pertama kali menghadiri Reunion ini.... Suriati dari Muar, Johor, Zulkifli Omar dan Hanif dari Melaka, Sobri dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Tajul dari Ipoh, Perak, Arniaty dan Noormala.

THANK Q SO MUCH !!


Multi Style Background