Assalamualikum Komuniti SMKT
Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 26 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan.
Dikesempatan ini, saya sebagi pengendali bolg ini dan saudari Mariam Abu Amrin sebagai penasihat saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua Komuniti SMKT tidak kira anda berada di mana jua.
Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang persahabatan saya bersama saudari dan saudara semenjak dibangku sekolah lagi, ada yang tersalah saya tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.
Raya kali ini, saya akan pulang ke kampung bersama famili saya pada tanggal 29 Okt ke Kedah. Perjalanan ke utara ini akan memenatkan kerana keadaan highway semestinya akan jem.
Pada kebiasaannya saya serta famili akan bertolak pada waktu siang dan akan berbuka puasa di pertengahan perjalanan. Isteri saya sudah tentunya akan menyediakan bekalan untuk berbuka puasa di dalam perjalanan ini. Kami akan bercuti selama seminggu dan akan kembali semula pada tanggal 4 Okt ini. Jadi dalam tempoh itu, mungkin saya tidak akan online.
::Kad Ucapan Raya Percuma
Akhir kata, selamat berhari raya…
No comments:
Post a Comment