31 December 2008

Perkahwinan Anak Masmuda Sidek

Assalamualikum Kekawan,

Lama rasanya saya tak menulis rencana. Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Maal Hijrah 1430 yang telah pun masuk 2 hari. Selain itu besok kita akan memulakan satu episod baru di tahun 2009 Masihi. Ini bermakna umur kita semakin meningkat dan kematangan diri semakin menyerlah. Insyaalah hendaknya. Pada tanggal 28 Dis lepas saya telah pun menghadiri majlis perkahwinan anak kawan kita iaitu Masmuda bin Sidek. Bukan main meriah lagi...orang dah dapat menantu..tapi mak bapa masih muda terang tangtang. Di majlis itu saya juga telah bertemu dengan saudara Asri dan Yunus. Di sini saya merasa amat sedih sedikit kerana kawan-kawan yang lain tidak dapat saya bertemu walaupun pada dasarnya maklumat mengenai perkara ini telah pun dimaklumi. Mungkin sibuk atau ........Ini lah yang di katakan "bila senang kawan akan ada di sekeliling kita tetapi bila susah semua kawan menghilang diri". Bukan apa, saudara kita Masmuda juga mengharapkan semua kawan-kawan zaman persekolahannya turut memeriahkan majlis persandingan anak sulungnya. Walau bagaimana pun ada juga kawan-kawan yang tidak menghampa hajat murninya. Syabas kepada yang hadir dan kepada yang tidak dapat hadir tanpa sebab lu fikir le sendiri. Bersama ini saya sertakan gambar-gambar yang telah saya rakam semasa menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

27 November 2008

Love Again From JORDAN

a Assalamualaikum Kekawan,

Sekali lagi saya berkesempatan untuk menulis artikel yang tak seberapa ini. Kini telah seminggu aku menjalani kursus Law Of Armed Conflict ( LoAC). Dah dua kali presentation saya buat iaitu mengenai Pengenalan kepada LoAC dan mengenai negara kita MALAYSIA yang aku cintai. Sebelum itu pada hari Selasa lepas iaitu pada 25 Dis 2008 aku telah diundang oleh seorang Pegawai Jordan Kapt Rami Al Maki pergi ke rumah nya di IRBID. Kapt Rami ni aku kenal semasa sama-sama menghadiri kursus di PD tahun lepas. Dia ni saja yang baik hati yang boleh tolong aku kat sini kerana dia fasih berbahasa inggeris. Pegawai yang sekals aku sekarang semuanya tak berapa faham bahasa inggeris. Begini lah susahnya kalau kita tidak pandai berbahasa apa yang disekeliling kita. Macam mana nak mengembek kalau tak pandai mengembek........Ini satu pengajaran..Ok ler kat sini aku cuba downloadkan gambar aku kat sini ok.

Ini gambar aku bersama kekawan kursus iaitu Pegawai Jordan. Gambar bersama prempuan tu adalah emak kepada Kapt Rami yang banyak tolong aku kat sini. Kapt Rami bersama anak buahnya.

24 November 2008

Aku Di Jordan

Assalamualikum Kekawan,

Kini dah masuk 6 hari aku berada di bumi Jordan kerana menghadiri kursus mengenai Undang-Undang Peperangan. Aku ke Jordan keseorangan....dan aku menghadapi masalah komunikasi kerana aku tidak tahu berbahasa arab. Aku sekarang berada di tempat yang dipanggil Bandar Zarqa iaitu bandar ketiga terbesar. Kelas aku bermula pada hari ahad lepas di mana terdapat 13 pegawai Jordan, 2 pegawai UAE dan aku. Pengajaran diberi melalui bahasa arab. Kursus ini di adakan di Peace Operation Training Center di Zarqa bersebelahan Royal Military Academy. Biasa ler..aku seperti ayam dan itik yang tak faham sepatah haram...namun mereka kekadang bertutur juga bahasa inggeris tetapi very bad english...tapi tak per....mereka semua baik hati. Nanti akan aku downloadkan gambar2 yang ada....

Sekian dulu..selamat membaca

14 October 2008

Asrama Putra Kem Terendak (APAT)



Ini adalah gambar penghuni-penghuni Asrama Putra AT (APAT) Kem Terendak yang diambil pada tahun 1978

SATRIA 78/79 Sek Men Kem Terendak


Ini lah Majalah Ulung bagi mantan pelajar-pelajar SMKT pada tahun 1978 & 1979


Ini lah Guru-Guru & kakitangan SMKT pada tahun 1978 & 1979

Ini wajah-wajah mantan pelajar Form 5 SMKT tahun 1979

Di harap dengan penampilan gambar-gambar klasik ini dapat memulihkan ingatan mantan pelajar-pelajar SMKT pada ketika itu.

07 October 2008

Adil Fitri Bulan Bermaafan

Assalamualaikum Kawan-Kawan

Hari ini telah pun 7 hari bulan Syawal dan bagi kebanyakan orang-orang lama (tua) kebanyakan mereka telah pun menjalani puasa sunat enam bulan syawal dan pada keesokannya mereka akan merayakan hari kemenagan. Bagi saya hari ini baru masuk 3 hari berpuasa..insyaalah kalau tiada apa rintangan saya akan merayakan kemenagan ini pada hari sabtu ini iaitu pada 11 Okt bersamaan 11 Ramadhan.....insyaalah

Selain itu saya rasa sungguh gembira kerana kawan-kawan dah mula mengenali blog yang saya bina ini. Rakan-rakan yang telah menembusi blog ini diantaranya adalah Yamin, Yusof dan off-course the only lady...Cik Yam kita. Dalam masa yang sama Cik Yam kita telah bertungkus-lumus untuk memperkenalkan blog ini pada rakan-rakan kita. Selain maklumat yang ada di dalam blog ini ia juga berfungsi untuk berchating. Selain daripada itu sekiranya rakan-rakan mempunyai apa-apa rencana atau article yang ingin dimuatkan ke dalam blog ini sila lah emailkan pada saya....tak kira lah apa jer...berkenaan famili, hobi, nasihat, perniagaan dan sebagainya....dan sekiranya boleh, sila sertakan gambar yang berkaitan supaya rakan-rakan kita dapat membaca dan juga memberi sedikit komen. Email saya ialah cheli2264@yahoo.com.sg. Selain itu saya juga telah buka tempat untuk rakan-rakan untuk uploadkan gambar-gambar dekat flickr. Sila buka http://www.flickr.com/groups/komuniti-smkt/. So far rakan kita Omar Baharom telah pun upload 2 keping gambarnya di dalam flickrnya......well done Omar. Bagi rakan-rakan yang belum berbuat demikian sila lakukan sekarang. Jadilah orang yang celik IT, kita semua sedang belajar apa yang dikatakan dunia internet termasuklah saya sendiri.

Sempena bulan yang mulia ini saya serta keluarga ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang telah mengenali saya dan juga tidak mengenali saya. Semuga bulan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita. Maaf Zahir dan Batin

26 September 2008

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Assalamualikum Komuniti SMKT

Diam tak diam, hari ini sudahpun puasa yang ke 26 dan Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi. Entah ada atau tidak peluang untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan di tahun hadapan.

Dikesempatan ini, saya sebagi pengendali bolg ini dan saudari Mariam Abu Amrin sebagai penasihat saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua Komuniti SMKT tidak kira anda berada di mana jua.

Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang persahabatan saya bersama saudari dan saudara semenjak dibangku sekolah lagi, ada yang tersalah saya tutur kata, penyampaian bahasa, terkecilkan hati dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri.

Raya kali ini, saya akan pulang ke kampung bersama famili saya pada tanggal 29 Okt ke Kedah. Perjalanan ke utara ini akan memenatkan kerana keadaan highway semestinya akan jem. ;)

Pada kebiasaannya saya serta famili akan bertolak pada waktu siang dan akan berbuka puasa di pertengahan perjalanan. Isteri saya sudah tentunya akan menyediakan bekalan untuk berbuka puasa di dalam perjalanan ini. Kami akan bercuti selama seminggu dan akan kembali semula pada tanggal 4 Okt ini. Jadi dalam tempoh itu, mungkin saya tidak akan online.



::Kad Ucapan Raya Percuma

Akhir kata, selamat berhari raya… :)

23 September 2008

Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena bulana Ramadhan yang mulia ini, mantan pelajar-pelajar SMKT yang terdiri daripada rakan-rakan se Tingkatan di antara tahun 1975 - 1979 telah menganjurkan pertemuan (Reunion) kali ke 2 ..... Biasalah seperti reunion pertama, idea ini dicetuskan oleh Saudara Omar bin Baharom yang kebetulan akan pulang ke KL kerana tugas pada 7 - 11 Sep 2008. Saudara Omar mencadangkan agar kami dapat bertemu, berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama dalam bulan Ramadhan dan cadangan ini telah diutarakan kepada Saudari Mariam Abu Amrin dan beliau telah berbincang dengan saya..... `to make this reunion happen’. Hasil perbincangan, kami bersetuju reunion diadakan pada 10 September 2008 bersamaan 10 Ramadhan 1429.


Memandangkan saya bertugas di Kuala Lumpur, maka saya bersetuju mencari tempat yang sesuai demi memudahkan rakan-rakan untuk hadir di samping mempunyai kemudahan solat yang tidak menghalang waktu berbuka puasa. Saudari Mariam pula ditugaskan untuk menghubungi rakan-rakan di Reunion pertama memaklumkan tentang rancangan ini dan dengan kerjasama mereka juga kami berjaya menghubungi rakan-rakan lain yang telah lama tidak bertemu untuk menghadiri Reunion Ke 2 tersebut. Saya telah memilih Hotel D’Palma, Ampang sebagai tempat yang sesuai untuk reunion dan majlis berbuka puasa walaupun pada awalnya tempat ini kurang dipersetujui oleh rakan-rakan. Setelah mencari beberapa tempat lain dan setelah perbincangan dibuat, akhirnya hotel ini menjadi pilihan.

Yang paling menyeronokkan….. rakan-rakan yang hadir adalah…. tentunya Omar Baharom, Mohd. Yamin Dolhadi, Yunos Mohamed, Faridi Rahim, Mohd. Asri Dolhady, Jaafar Mustafa, Md. Yusof Baharom, Rahmad Md. Som, Rashid Omar, Azha Dato’ Yahya, Roslan Saad, Zamri Zakaria, Mariam (of course) dan saya sendiri. Turut hadir adalah sahabat Yunus iaitu saudara Zainal yang telah menjadi sebahagian dari group reunion ini dan juga sahabat Zamri iaitu saudara Azmi.


Daripada jumlah kehadiran itu kami telah diberikan 3 meja di dalam Banquet Room di mana kami menyambungkannya sendiri agar kami tidak terasing dan mudah berinteraksi antara satu sama lain. Terdapat berbagai juadah yang disediakan untuk berbuka puasa dengan harga RM58.00 nett seorang. Selepas menjamah makanan kami bersolat dan menyambung semula perbincangan sambil menikmati juadah berbuka puasa yang masih ada. Kami bertukar-tukar tempat duduk untuk mendapat peluang bercakap antara satu sama lain. Memang saat yang menggembirakan....... Bayangkan ada di antara kami hampir 30 tahun tidak bertemu. Semasa rancak berbual, tiba-tiba muncul seorang mantan pelajar SMKT iaitu saudara Azha Dato’ Yahya. Saya mengenali beliau semasa di dalam ATM apabila kami sama-sama berkhidmat di bawah panji-panji PBB di Kemboja….. satu khemah pulak tu....

Setelah selesai menjamu selera, kami semua beredar ke Coffee House untuk membincang
kan halatuju Reunion ini. Semasa perbincangan,seorang lagi mantan pelajar SMKT tiba iaitu Saudara Roslan Saad. Walaupun lewat dan bekerja, beliau berusaha untuk datang menemui rakan-rakan yang telah lama tidak bertemu. Maka riuh rendahlah suasana dengan gelak ketawa kerana mengusik Roslan yang baru tiba.

Sempena ketibaan Aidil Fitri akan datang insyaallah saudara Yamin akan menjemput rakan-rakan ke rumahnya. Tarikh akan ditentukan kemudian. Reunion ke 3 pula akan diadakan pada 24 atau 25 Okt 2008. Selepas tarikh tersebut, kemungkinan satu reunion khas akan diadakan di mana ianya akan dihadiri oleh junior dan senior mantan pelajar-pelajar SMKT. Kami bersurai lebih kurang jam 11.00 malam dan sebelum itu kami sempat mengambil gambar untuk kenangan.


Bila sesuatu program dirancang, diatur dan berjaya dilaksanakan, ia merupakan satu kepuasan diri….. melihat rakan-rakan yang lama berpisah….. bertemu semula, satu situasi yang amat berharga. Segalanya berjalan dengan lancar dan amat memuaskan. Terima kasih yang teramat sangat kepada semua rakan-rakan yang berusaha dan mengorbankan masa untuk hadir dalam reunion ini. Terima kasih kepada saudara Yunos Mohamed yang sentiasa bersemangat untuk hadir dari Muar, Johor dan kepada saudara Zamri Zakaria, penghargaan yang tak terhingga kerana sudi datang dari Gua Musang, Kelantan dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk bersama kami. Terima kasih kepada Omar, mencetuskan idea….. TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA SEMUA KERANA SOKONGAN ANDA, MEREALISASIKAN REUNION INI…… MENJADI KENYATAAN. !!

19 September 2008

Reunion Pertama


Pada hakikatnya telah 2 kali aktiviti mengeratkan persahabatan ini dilaksanakan. Pertama kali ianya telah dilaksanakan pada bulan Mar 2008 di Nelayan Restaurant Tasik Titiwangsa. Reunion pertama ini telah dihadiri oleh 11 orang daripada murid tahun 1978 & 1979 sekolah SMKT. Reunion pertama ini telah dicetuskan oleh Omar Baharom yang suatu ketika dulu semasa tahun 1979 adalah seorang Ketua Pengawas SMKT. Dengan cetusan ini saya sabagai koodinator telah berusaha bersama Mariam Abu Amrin untuk memanggil dan mengumpul kawan-kawan untuk perjumpaan pertama ini. Di antara yang hadir pada Reunion Pertama ini adalah seperti berikut:
1. Omar Baharom
2. Yamin
3. Asri
4. Yusof
5. Badrul Hisham bersama isteri
6. Yunus bersama kawannya Zainal
7. Mariam Abu Amrin
8. Faridi
9. Jaafar
10. Fauzi Kamarudin
11. Saya Razali Md Isa

Pada reunion ini perbincangan telah dibuat untuk mengadakan 2nd reunion bersama famili. Untuk itu sebagai koordinator saya telah membuat tinjauan ke suatu tempat di kawasan Sg Congkak Ulu Langat bagi tujuan tersebut. Namun disebabkan kesibukan ahli-ahli maka 2nd reunion ini telah ditangguhkan.

11 September 2008

Sekolah Menegah Kem Terendak


Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak sebelum diambil alih oleh KementerianPendidikan Malaysia (Kerajaan Malaysia) pada tahun 1972, dikenali dengan nama Slim School sempena nama Gen Slim. Gen Slim adalah seorang komander semasa peperangan Pasukan Berikat di Burma (Burma Campagin). Sekolah ini telah dirasmi pembukaannya pada 10 Februari 1965 oleh BrigadierT.D.H. Mc Meekin O.B.E. Sebelum tahun 1972, pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kawalan kerajaan Komanwel. Pada tahun 1976 sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Menegah Kem Terendak. Kemudian pada tahun 1989 Kementerian Pendidikan telah membuat pengsturturan semula semua sekolah rendah dan sekolah menengah dimana namanya telah diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak (SMKKT). Sehingga kini ianya ditadbir oleh dua kementerian, iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ciri inilah yang membezakan Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini.

Sekolah ini mula dibina pada bulan Jun 1957 di dalam Kem Terendak bagi menempatkan anak-anak anggota tentera daripada Briged ke-28 Infantri Komanwel sehingga ke tahun 1969. Pada awal penubuhannya, kem ini mempunyai kekuatan 1 Battalion Tentera British, 1 Battalion Tentera Australia, 1 Battalion Askar Melayu dan 1 Kompeni Tentera New Zealand beserta unit-unit bantuan tempatan.

Pada awalnya terdapat sebuah Asrama Putra yang menempatkan anak-anak anggota tentera yang bertugas di luar negeri Melaka. Kini Asrama Puteri telah diwujud bagi menampung keperluan anak-anak perempuan anggota tentera. Yang uniknya Asrama Putra ditadbir oleh Kementerian Pertahanan dan Asrama Putri ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bentuk sekolah ini juga berbeza dengan sekolah-sekolah lain. Sekolah ini mempunyai lima bangunan dan terdapat sebuah dewan dan lima buah makmal sains. Bilik-bilik darjahnya kecil dan hanya boleh menampung antara 25-30 orang pelajar.

Pada mulanya semasa pentadbiran kerajaan Komanwel, dewan sekolah ini merupakan sebuah panggung wayang mini. Semasa peringkat awal pengambilalihannya sekolah ini, semua bilik di bangunan utama dilengkapi dengan pendingin hawa tetapi kini diubah kepada kipas dinding sahaja. Ini adalah disebabkan pendingin hawa ini memerlukan kos senggaraan yang tinggi dan keadaan yang tidak begitu memuaskan.

Multi Style Background