03 May 2010
Selagi Ada Rindu
Salam Kawan2,
Lagu ini aku tujukan khas buat kawan-kawan di mana jua mereka berada....Selamat Melayan dan amati liriknya....
Lagu ini aku tujukan khas buat kawan-kawan di mana jua mereka berada....Selamat Melayan dan amati liriknya....
11 December 2009
Small Gathering at DE PALMA
Assalamualaikum Kawan2,
Pada 10 Dis 2009, Small Gathering telah pun diadakan. Gathering ini diadakan adalah bertujuan untuk berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan yang begitu lama tidak pernah berjumpa. Ianya diadakan di Hotel De Palma Ampang. Kawan-kawan yang hadir adalah Razali sebagai host, Yamin, Jaafar, Asri. Yusof, Azha (SME), Adi (Honda) dan Isteri, Mariam dan Arniaty bersama anaknya. Gathering ini dibuat secara bersantai di Restoran KOPITIAM De Palma. Ianya telah bermula pada jam 5 petang dan telah berakhir sehingga jam 9 malam. Tiada apa-apa pengkhususan yang ditekankan sempena gathering ini hanya sekadar bersembang-sembang.
23 October 2009
Lawatan Ke Teamsite Sara Umra, Sortony dan Shangil Tobaya
Assalamualaikum Kekawan,
Rencana ini dituliskan adalah untuk menceritakan sedikit pengalaman saya bertugas sebagai staf Chief Logistics Sector North bagi MISI PBB di Darfur ini. Pada hari isnin lepas bersamaan 19/10/09 saya bersama rombongan Chief of Staf (COS) Sector North Col Anwer Sher daripada Paskistan telah membuat lawatan ke 3 buah teamsite iaitu Saraf Umra, Sortony dan Shangil Tobaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap keselamatan kem di kawasan tersebut berikutan ada hura-hura yang kem UNAMID akan diserang oleh Pemberontak-Pemberontak yang sedang bertelagah. Rombongan ini disertai oleh semua Chief Cell seramai 12 orang termasuk COS. Kami telah menaiki heli MI8 daripada Airport El Fasher ke Saraf Umra pada jam 0845 dan sampai pada jam 1015. Di sana kami tela diberi taklimat oleh Ketua Kompeni RWANBATT(Rwanda Battallion) 16 mengenai keselamatan sekeliling. Daripada taklimat tersebut terdapat beberapa puak pemberontak yang sedang bertelagah di kawasan tangungjawabnya. Dianataranya adalah puak pemberontak dari Negara Chad yang diberi perlindungan dan bantuan oleh GOS (Kerajaan SUDAN). Selain itu puak-puak yang berhaluan kiri yang tidak suka kepada GOS. Dari penempatan Sara Umra kami telah diterbangkan ke Sortony yang mengambil masa 45minit. Penempatan ini juga ada sebuah KOmpeni dari RRWANBATT 16. Kawasan ini dikuasai oleh SLA/AW (Sudanese Laberation Army (Abdul Wahid) iaitu puak berhaluan kiri. Puak ini dilengkapi peralatan peperangan yang boleh perperang dengan GOS. Penempatan ini dikelilingi bukit bakau yang tinggi dan ianya didatangi oleh puak arab nomad yang datang membawa ternakan dari satu tempat ke satu tempat kerana kawasan ini dipenuhi pokok-pokok hijau. Seterusnya destinasi kami adalah Sangil Tobaya di mana kawasan ini mempunyai dua ke tiga puak yang bermusuhan. Kawasan ini mempunyai kepadatan pendudukan yang agak ramai berbanding dengan Sortony. Penempatan ini adalah terdiri dari sebuah kompeni dari RWANBATT 17. Keadaan keselamatan kem ini adalah terkawal. Dari penempatan ini kami terus balik ke El Fasher dan sampai lebih kurang pada jam 1720. Pada keseluruhannya penempatan Saraf Umra didapati ada kemungkinan diserang oleh pemberontak berbanding dengan Sortony dan Shangil Tobaya. Ini adalah disebabkan kemnya terdedah kepada laluan pemberontak-pemberontak. Untuk itu semua Chief diarahkan untuk memberi bantuan seberapa segera dengan menaikan taraf keselamatan kem tersebut. Di Darfur ini terdapat lebih kurang 13 puak yang bertelagah termasuk GOS. Sememangnya sukar untuk aman disebabkan puak-puak ini menpunyai kepentingan tersendiri.

06 October 2009
MAJLIS BERBUKA PUASA X-SMKT 2009
Dalam kesibukan tugas, saya sentiasa berfikir untuk mengadakan Reunion X-SMKT yang telah beberapa kali tertunda. Permintaan yang tidak putus dari teman-teman juga terutamanya Yunos, menjadikan saya sentiasa berada dalam serba salah. Partner pula, Major Razali, yang sama-sama menguruskan 3 Reunion sebelum ini telah berada di Sudan selama 1 tahun. 25 Ogos 2009 saya telah menerima mesej dari Faridi Rahim yang menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Lt. Kol. Omar Baharom mengenai Reunion X-SMKT dan meminta supaya saya menghubungi Omar untuk menguruskan Reunion tersebut. Dalam fikiran saya ketika itu ialah... saya mesti bertindak sekarang... menghubungi Omar... mendapatkan tarikh, waktu, tempat dan menu makan minum. Tugas saya selanjutnya seperti biasa..... menghantar mesej memaklumkan Reunion pada teman-teman, dan sentiasa mengejar, memastikan kehadiran mereka. Reunion kali ini mesti menjadi!! Mengumpulkan semula teman-teman untuk bersama bagi Tahun 2009.
Bersama dengan Omar, akhirnya, Majlis Berbuka Puasa X-SMKT kali kedua telah diadakan pada 12 September 2009 di Wisma Perwira, 6 Renjer, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Teman-teman yang hadir:
1. Lt. Kol. Omar dan famili
2. Yamin dan famili
3. Mohd. Asri dan famili
4. Rahmad dan famili
5. Arniaty Alias dan famili
6. Noormala Maarof dan famili
7. Suriati Yusof dan suami
8. Tajul dan isteri
9. Zamri Zakaria(Pak Ya) dan rakan
10. Yunos Mohamad dan rakan
11. Mariam Abu Amrin
12. Yusof Baharom
13. Faridi Rahim
14. Major Fauzi Kamaruddin
15. Zulkifli Omar
16. Mohd Sobri
17. Abdul Haniff Jalal
18. Anuar Jalil (Senior XSMKT)
Terima kasih banyak-banyak kepada teman-teman yang sentiasa setia, bersama menyokong setiap pertemuan terutama yang datang dari jauh, Yunos dari Muar, Johor, Zamri dari Gua Musang, Kelantan, begitu juga teman-teman yang baru dikesan dan pertama kali menghadiri Reunion ini.... Suriati dari Muar, Johor, Zulkifli Omar dan Hanif dari Melaka, Sobri dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Tajul dari Ipoh, Perak, Arniaty dan Noormala.
THANK Q SO MUCH !!
20 September 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430
Assalamualaikum Kekawan,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kawan-kawan di mana jua berada. Tahun ini saya berhari raya di perantauan di Khortoum SUDAN bersama rakan-rakan seperjuangan kerana menyertai misi PBB UNAMID di Darfur. Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas apa-apa keterlanjuran kata dan salahlaku sepanjang perkenalan dengan Tuan-Tuan dan Puan-Puan
03 September 2009
Salam Ramdhan Dari Darfur Sudan
Assalamualaikum Kekawan,
Alhamdullialah sehingga kini, kita telah pun separuh jalan menuju kejayaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya di Darfur ni pun sedang menghadapi cabaran yang sama tetapi kedaan persekitaran dan cuaca di sini agak berlainan. Kini telah masuk 13 hari kita berpuasa semuga segala rintangan boleh dihadapi......insyallah. Pada permulaan Ramadhan saya rasakan begitu terasa disebabkan cuaca yang begitu panas, sehingga semasa berbuka kami hanya minum air tanpa makan makanan tetapi keadaan kini telah berubah sedikit kerana cuaca kini telah beralih kepada hujan dan cuaca sejuk yang telah bermula. Kini dah mula makan banyak. Sepinggan nasi tak cukup. Kami tinggal serumah seramai 7 orang termasuk 2 org daripada Serria Leone dan Kenya. Kami berlima masak sekali. Masakan yang sering dimasak adalah sup, kurma, kari, sambal pedas, lemak cili api, asam pedas dan goreng kunyit. Bahannya daging kambing atau kibas atau lembu atau ayam....unta belum dapat lagi. Bersama ini saya sertakan gambar sedikit buat tatapan kawan-kawan.
05 August 2009
Salam Dari Darfur, SUDAN
Assalamualaikum Kawan2,
Sudah hampir 3 minggu saya kini berada di bumi Sudan menjadi Staf Pengaman kepada UNAMID (United Nation African Union Mission in Darfur). Walaupun begitu saya masih belum melaksanakan tugas yang sebenarnya sebagai Chief Logistics Sector North. Ini kerana banyaknya perkara2 Tadbir perlu dilaksanakan dahulu. Kini saya telah pun berada di ofis Chief Logistics namun perlu menghadiri kursus induksi selama seminggu dan mencari sedikit maklumat mengenai logistik sebelum memulakan tugas sebenar.
26 March 2009
Menziarah Kawan Lama Di Vietnam
Aku (Yamin) sekeluarga pergi Vietnam pada 19 Mac hingga 21 Mac 09 bertujuan menziarah kawan sekolah iaitu David Lee. Setiba di airport, kami disambut oleh driver David. Dia pegamg sepanduk Pizza Hut bertulis 'Enche Mohd Yamin, my-my'. Kami dibawa terus ke hotel Thean Thao. Lepas tu, kami pegi makan di halal@saigon, kemudian jln2 di Lucky Plaza, Saigon Square & Benh Thanh. Pada malamnya kami dinner kat Pizza Hut, Restoran David. Special cooked version halal by Siti (singaporean). Second day, kami melawat Cu Chi Tunnel. tempat perang vietnam dulu, tahun 1972. Di sana, kami shopping, barang2 best dan murah tetapi kami balik hotel untuk makan . Di sini tak susah untuk cari kedai yg jual makanan halal. David skrg dah ada hobi baru, kayuh basikal. Pagi2 lagi dia dah pergi kayuh basikal baru dia. Hari ketiga, kami jln2 sikit dan pukul 430 (waktu vietnam) kami pulang ke malaysia.
17 March 2009
Reunion dan Perkelahan Di Ulu Langat
Assalamualikum Kekawan,
Pada musim sekolah lepas Saudara Yamin telah merancang aktiviti Reunion bersama keluarga di Batu 21 1/2 Ulu Langat. Beliau telah menalipon kawan2 untuk turut serta memeriahkan aktiviti tersebut. Hanya 6 famili telah besetuju untuk hadir Reunion ini iaitu Yamin, Yunus, Zul Omar, Asri, Zul Sham dan Zainal (Kawan Tunus). Chelet telah ditempah sejumlah 6 blik di mana mereka tidur dan membuat aktiviti riadah iaitu berkelah dan membakar BBQ. Mereka telah makan bersama dan jumlah kehadiran pada hari itu termasuk anak bearanak adalah seramai 36 orang. Syabas Saudara Yamin.....teruskan usaha yang murni ini........Insyaalah. Bersama ini disertakan gambar-gambar yang telah diambil oleh saudara Yamin semasa beliau bertungkus lumus membuat Reunion bersama famili di Ulu Langat. Nampaknya semua happy.
16 March 2009
Cerita Daripada QUANTICO USA
Assalamualaikum Kekawan,
Alhamdullilah kita ketemu lagi. Hari ni saya telah pun berada 29 hari di USA. Banyak pengalaman yang telah saya dapat. Di antaranya saya telah pun pergi berjalan2 di Washington DC di War Memorial Park, Linclon Memorial dan AroSpace Exibition pada 21 Feb lepas. Itu lah pengalaman pertama saya di USA. Selain itu saya juga tidak sangka yang salji akan turun lagi di mana ianya sepatutnya sudah habis. Sekarang ni sudah pun masuk musim Spring, yang sepatutnya matahari dan pokok akan ceria tetapi tidak....musim winter ni berlarutan sedikit. Untuk itu pada 2 Mar lepas terdapat ribut salji yang mengakibatkan semua jalan diliputi salji setebal 4 in. Untuk itu juga kelas kami telah dibatalkan. Melayu pun apa lagi...baru jumpa salji katakan....bergambar sakat ler....Bersama ini saya sertakan sedikit gambar kenangan saya di USA.

Subscribe to:
Posts (Atom)