26 March 2009

Menziarah Kawan Lama Di Vietnam

Aku (Yamin) sekeluarga pergi Vietnam pada 19 Mac hingga 21 Mac 09 bertujuan menziarah kawan sekolah iaitu David Lee. Setiba di airport, kami disambut oleh driver David. Dia pegamg sepanduk Pizza Hut bertulis 'Enche Mohd Yamin, my-my'. Kami dibawa terus ke hotel Thean Thao. Lepas tu, kami pegi makan di halal@saigon, kemudian jln2 di Lucky Plaza, Saigon Square & Benh Thanh. Pada malamnya kami dinner kat Pizza Hut, Restoran David. Special cooked version halal by Siti (singaporean). Second day, kami melawat Cu Chi Tunnel. tempat perang vietnam dulu, tahun 1972. Di sana, kami shopping, barang2 best dan murah tetapi kami balik hotel untuk makan . Di sini tak susah untuk cari kedai yg jual makanan halal. David skrg dah ada hobi baru, kayuh basikal. Pagi2 lagi dia dah pergi kayuh basikal baru dia. Hari ketiga, kami jln2 sikit dan pukul 430 (waktu vietnam) kami pulang ke malaysia.

17 March 2009

Reunion dan Perkelahan Di Ulu Langat

Assalamualikum Kekawan,

Pada musim sekolah lepas Saudara Yamin telah merancang aktiviti Reunion bersama keluarga di Batu 21 1/2 Ulu Langat. Beliau telah menalipon kawan2 untuk turut serta memeriahkan aktiviti tersebut. Hanya 6 famili telah besetuju untuk hadir Reunion ini iaitu Yamin, Yunus, Zul Omar, Asri, Zul Sham dan Zainal (Kawan Tunus). Chelet telah ditempah sejumlah 6 blik di mana mereka tidur dan membuat aktiviti riadah iaitu berkelah dan membakar BBQ. Mereka telah makan bersama dan jumlah kehadiran pada hari itu termasuk anak bearanak adalah seramai 36 orang. Syabas Saudara Yamin.....teruskan usaha yang murni ini........Insyaalah. Bersama ini disertakan gambar-gambar yang telah diambil oleh saudara Yamin semasa beliau bertungkus lumus membuat Reunion bersama famili di Ulu Langat. Nampaknya semua happy.



16 March 2009

Cerita Daripada QUANTICO USA

Assalamualaikum Kekawan,

Alhamdullilah kita ketemu lagi. Hari ni saya telah pun berada 29 hari di USA. Banyak pengalaman yang telah saya dapat. Di antaranya saya telah pun pergi berjalan2 di Washington DC di War Memorial Park, Linclon Memorial dan AroSpace Exibition pada 21 Feb lepas. Itu lah pengalaman pertama saya di USA. Selain itu saya juga tidak sangka yang salji akan turun lagi di mana ianya sepatutnya sudah habis. Sekarang ni sudah pun masuk musim Spring, yang sepatutnya matahari dan pokok akan ceria tetapi tidak....musim winter ni berlarutan sedikit. Untuk itu pada 2 Mar lepas terdapat ribut salji yang mengakibatkan semua jalan diliputi salji setebal 4 in. Untuk itu juga kelas kami telah dibatalkan. Melayu pun apa lagi...baru jumpa salji katakan....bergambar sakat ler....Bersama ini saya sertakan sedikit gambar kenangan saya di USA.

Multi Style Background